Ahad, 17 November 2019

Dendam Harimau Malaysia berbalas

Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
 
PEMAIN Harimau Malaysia, Amri Yahya (dua dari kiri) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Papua New Guinea di Stadium Shah Alam, hari ini. - Foto Osman Adnan
SHAH ALAM: Harimau Malaysia mendapat suntikan semangat terbaik menjelang saingan Piala AFF Suzuki selepas meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Papua New Guinea pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Kemenangan itu bukan sahaja memberi motivasi buat pemain, malah Harimau Malaysia juga berjaya membalas dendam selepas tewas kepada pasukan sama pada siri jelajah Oceania, Jun lalu.

Pada perlawanan itu, kealpaan benteng pertahanan Harimau Malaysia menyaksikan mereka dikejutkan dengan jaringan pembukaan Papua New Guinea menerusi Nagel Dabinyaba seawal minit keenam.
 
PEMAIN Harimau Malaysia, Ahmad Hazwan Bakri (kanan) melakukan rembatan kencang untuk gol pertama negara pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Papua New Guinea di Stadium Shah Alam, hari ini. - Foto Osman Adnan
Tersentak dengan jaringan itu, anak didik Datuk Ong Kim Swee menggandakan asakan untuk memburu gol penyaman dan usaha mereka berhasil apabila rembatan kencang Ahmad Hazwan Bakri di dalam kotak penalti pada minit ke-20 gagal diselamatkan penjaga gol, Ronald Warisan.

Tommy Semmy hampir meletakkan Papua New Guinea di depan pada minit ke-36, namun percubaannya tidak menepati sasaran ketika penjaga gol Harimau Malaysia, Khairul Azhan Khalid sudah pun terjatuh.

Hanya dua minit bersambung babak kedua, Harimau Malaysia dihadiahkan sepakan penalti selepas Darren Lok dijatuhkan Alwin Komolong.

Peluang itu digunakan sepenuhnya Kapten Amri Yahyah untuk skuad Kim Swee mendahului 2-1.

Hujan lebat pada 20 minit terakhir perlawanan tampak menjejaskan persembahan kedua-dua pasukan dan keputusan 2-1 memihak Harimau Malaysia kekal hingga wisel penamat..[1]


[1]https://www.bharian.com.my/node/212792

Rabu, 13 November 2019

KEPUTUSAN PENUH JOHOR DT 3-2 PAHANG {3.3.17

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT                  0-1 Pahang
m-30,m-36 Hazwan    m-16,m-68  Matheus Alves
m-56 Safiq Rahim
PEMAIN JOHOR
24 IZHAM TARMIZI
04 AFIQ FAZAIL
06 MARCOS ANTONIO
08 SAFIQ RAHIM
09 HAZWAN BAKRI
11 GONZALO CABRERA
12 S KUNALAN
20 AZRIFNASRULHAQ
21 NAZMI FAIZ
22 GABRIEL GUERRA
25 JUNIOR ELDSTAL
PEMAIN GANTIAN
18 MAHALI JASULI
15 FAZLY MAZLAN
PEMAIN PAHANG
27 WAN AZRAIE
02 MATTHEW DAVIES
05ASHARI SAMSUDIN
11 SYAMIM YAHYA
14 FAISAL ROSLI
15 JAEWON HEO
17 JOSEPH KALANG
19 AFIF AMIRUDDIN
20 NOR AZAM AZIH
26 MOHAMADOU SUMAREH
29 MATHEUS ALVES

KEPUTUSAN MASA PERTAMA TERENGGANU 0-0 JOHOR DT

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PEMAIN TERENGGANU
05 LAZARO
07 J.PARTIBAN
II ISSEY NAKAJIMA
15 FAIZ
PEMAIN GANTIAN
20 RIDZUAN ABDUNLOH
PEMAIN JOHOR DT
30 MD HAZIQ NAZLI
02 AZAMUDDIN AKIL
03 HASBULLAH
05 AMIRUL HADI ZAINAL
07 AIDIL ZAFUAN
15 FAZLY MAZLAN
16 SHAKIR SAARI
21 NAZMI FAIZ
25 JUNIOR ESLDTAL
28 DAREN LOK
29 SAFAWI RASID
PEMAIN GANTIAN
20 AZRIF NASRUL HAQ
09 HAZWAN BAKRI
23 S.CHANTURU

Isnin, 11 November 2019

SELANGOR 2014

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)
Gelanggang: Stadium Shah Alam, Shah Alam
Nama gelaran: Gergasi Merah
Ditubuhkan: 1936

Ketua jurulatih/ Pengurus: Mehmet Durakovic
Penolong jurulatih: P Maniam
Jurulatih penjaga gol: Robert Graskoski

Pencapaian 2013:
Liga Super: Naib Juara (2)
Piala FA: Suku Akhir
Piala Malaysia: Peringkat kumpulan
Piala AFC: Pusingan kedua

Senarai Pemain:
Penjaga gol: 1 Muhammad Syamim Othman, 21 Mohd Hamsani Ahmad, 25 Mohd Farizal Marlias

Pertahanan: 2 Mohd Shazlan Alias, 3 Mohamad Azmi Muslim, 4 Stilianos Pantelidis, 5 Muhammad Shahrom Abdul Kalam, 12 Mohd Bunyamin Umar, 17 Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, 18 P. Rajesh

Tengah: 6 Abdul Shukur Jusoh, 7 Andik Vermansyah, 10 Junior Aparecido Guimaro de Souza (Juninho), 13 Mohd Raimi Mohd Nor, 15 K. Gurusamy, 16 S. Kunanlan, 23 S. Veenod, 24 Mohd Fitri Shazwan Raduwan

Penyerang: 9 Paulo Rangel, 11 Ahmad Hazwan Bakri, 14 Abdul Hadi Yahya, 19 Muhammad Afiq Azmi, 20 A Thamil Arasu

Kenali pasukan Selangor

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI DAN SUBKHI SUDARJI
18 Januari 2014
Selangor
KEKUATAN

Bisa peledak Paulo Rangel sememangnya tidak perlu dinafikan, selain kelincahan De Souza dan kehadiran Andik Vermansyah dibahagian tengah pastinya mampu menyajikan aksi berbeza sebelum ini. Kredibiliti pengendali baru, Durokovic juga pastinya menjadi taruhan buat Gergasi Merah Kuning.

KELEMAHAN

Kehilangan beberapa tonggak utama khususnya di bahagian pertahanan pastinya memberi kesan selain pemain baru yang masih belum teruji sepenuhnya dalam saingan Liga Super seumpama ini.

Gelaran: Gergasi Merah Kuning @ The Red Giants

Stadium: Stadium MBPJ dan Stadium Shah Alam
Pencapaian musim lalu: Naib Johan Liga Super, Layak Piala AFC 2014
Pengurus / Ketua Jurulatih: Mehmed Durokavic
Penolong Ketua Jurulatih: P Maniam
Jurulatih Penjaga Gol: Robert Graskoski
Jurulatih Kecergasan: Mashiedee Sulaiman
Fisioterapi: Khidir Abd Karim Elfdl Ali
Pegawai Media: Mohd Rosedy Mohd Nadzir
Pegawai Keselamatan: Raja Restam Azhar Raja Jaafar

PEMAIN DIKEKALKAN

1. Abdul Shukur Jusoh (6)
2. Mohd Bunyamin Umar (Kapten) (12)
3. Mohd Raimi Md Nor (13)
4. K Gurusamay (15)
5. S Kunalan (16)
6. Muhammad Afiq Azmi (19)
7. S Veenod (23)
8. Mohd Fitri Shazwan (24)
PEMAIN BARU

1. Muhammad Syamim Othman (1)
2. Mohd Shazlan Alias (2)
3. Mohamad Azmi Muslim (3)
4. Stilianos Pantelidis (4)
5. Muhammad Shahrom Abdul Kalam (5)
6. Andik Vermansah (7)
7. Paulo Rangel Do Nascimento Gomes (9)
8. Junior Aparecido Guimaro De Souza (10)
9. Ahmad Hazwan Bakri (11)
10. Abdul Hadi Yahya (14)
11. Rizal Fahmi Ab Rosid (17)
12. P Rajesh (18)
13. A Thamil Arasu (20)
14. Mohd Hamsani Ahmad (21)
15. Mohd Farizal Marlias (25)
16. K Satish (31)

PEMAIN KELUAR

1. Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Asharudin Putra Omar, Norazlan Razali (JDT I)
2. K Solihin , Nasriq Baharom (Felda United)
3. Mohd Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu)
4. Ramzul Zahini Adeban ( T-Team)
5. Mohd Fairuz Abdul Aziz, Muhammad Nazrul Kamaruzaman, Mohammad Rafiq Shah Mohammad Zaim (SDFC)

SINAR HARIAN ONLINE 18.1.14

Ahad, 10 November 2019

Wajah baharu Selangor mula langkah kanan

KUALA LUMPUR - Selangor yang dahulu, bukan yang sekarang. Jika sebelum ini ramai peminat setia Red Giants melahirkan kebimbangan terhadap arah tuju pasukan itu selepas penghijrahan beramai-ramai pemain utama dan pemergian bekas jurulatih, Irfan Bakti, kemungkinan ia memberi hikmah tersendiri bagi saingan musim 2014.

Dimulai dengan pengambilan bekas pemain import Selangor pada era 90-an, Mehmet Durakovic sebagai jurulatih baharu dan kehadiran beberapa pemain seperti Ahmad Hazwan Bakri, A. Thamil Arasu dan Azmi Muslim, Selangor tampak mampu menjadi salah satu pencabar digeruni.

Kemenangan 2-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan persahabatan di Stadium Mini TUDM Subang, semalam menceritakan yang Red Giants berada dalam landasan tepat untuk bangkit.

Durakovic menjadi individu paling gembira dengan kejayaan tersebut yang dianggap sebagai suntikan moral terbaik kepada pasukannya ketika saingan Liga Malaysia tinggal kurang tiga minggu lagi akan bermula.

''Keserasian antara pemain semakin baik dalam setiap perlawanan yang kami lalui dan ia dibuktikan pada perlawanan ini, segalanya tampak menjadi di setiap bahagian.

''Perkembangan ini cukup mengejutkan kerana walaupun sebahagian besar terdiri daripada ramai muka baharu, itu bukan menjadi halangan buat mereka untuk cepat mengenali corak permainan antara satu sama lain.

''Biarpun kami tidak mempunyai pemain bintang tetapi semangat kerjasama berpasukan yang ditunjukkan oleh setiap pemain terutama tonggak-tonggak muda bakal menjadi senjata utama buat pasukan, " kata Durakovic.

Selangor mendahului 2-0 pada babak pertama melalui Junior Guimaro pada minit ke-30 hasil rembatan jarak jauh sebelum bekas penyerang Perak, Paulo Rangel menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-43.

Marlon Alex James merapatkan jurang buat ATM pada minit ke-85 namun sudah terlambat untuk menghalang kemenangan Selangor.

Dalam masa sama, Durakovic mengingatkan Selangor belum menunjukkan kekuatan sebenar kerana seorang lagi pemain import, Andik Vermansyah belum lagi turun beraksi kerana masih dilanda kecederaan.

RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140101/su_08/Wajah-baharu-Selangor-mula-langkah-kanan#ixzz2p68NhMIG © Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 8 November 2019

MALAYSIA KE-EMPAT BOLASEPAK LELAKI

2 Reuben Thayaparan a/l Kathiripillai, 3 Shahrul Bin Mohd Saad, 4 Mohd Fadhil Bin Mohd Shas, 6 Saarvindran a/l Devandrn, 7 Mohd Irfan Bin Fazail (C) (12 Sivanesan a/l Shanmugam 64'), 9 Thamil Arasu a/l Ambumamee, 16 Muhammad Zubir Bin Mohd Azmi, 19 Ahmad Hazwan Bakri, 20 Mohd Azrif Nasrulhaq Bin Badrul Hisham (11 Md Rozaimi Bin Abd Rahman 51'), 21 Muhammad Nazmi Faiz Mansor, 22 Mohd Izham Tarmizi Bin Roslan

SIMPANAN: 1 Mohd Farhan Bin Abu Bakar, 5 Ashri Chuchu, 11 Md Rozaimi Bin Abd Rahman, 12 Sivanesan a/l Shanmugam, 14 Izzaq Faris Bin Ramlan, 17 Wan Ahmad Amirzafran Bin Wan Nadris, 23 Mohamad Nasir Bin Basharuddin, 25 Nazirul Naim Che Hashim, 26 Kenny Pallraj a/l Devaragi