23 DISEMBER 2016
Hazwan Bakri Anugerah pemain
paling bernilai jatuh kepada Ahmad Hazwan Bakri dari Selangor. - Foto Bernama
PENYERANG kebangsaan Ahmad
Hazwan Bakri menamatkan musim ini dengan bergaya selepas membolot dua gelaran
pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016 di sebuah hotel di Subang
Jaya dekat sini, malam ini.
Bekas penyerang Selangor itu,
yang sah menyertai juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) pada
musim depan, dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai.
Penjaga gol kebangsaan Khairul
Fahmi Che Mat, yang beraksi bagi pasukan Kelantan, melakar sejarah tersendiri
dengan memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik buat kali kelima selepas
memenangi anugerah sama dari 2010 sehingga
2013.
Bekas kapten skuad kebangsaan
Safiq Rahim pula memenangi gelaran Pemain Tengah Terbaik untuk kali keempat
selepas memenangi anugerah sama pada 2011, 2012 dan 2015.
Dua individu penting yang
membantu Kedah menjulang Piala Malaysia musim ini iaitu Muhammad Rizal Ghazali
dan Tan Cheng Hoe masing-masing dipilih sebagai
Pemain Pertahanan Terbaik dan Jurulatih Terbaik.
Bekas pemain sayap T-Team Muhd
Safawi Rasid, yang sah menyertai JDT pada musim depan, pula dipilih sebagai
Pemain Muda Harapan.
Pada majlis berkenaan, Football
Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang merupakan pentadbir Liga
Malaysia, turut memberikan dua anugerah khas kepada individu yang memberi
sumbangan kepada bola sepak tanah air.
Pemain Pulau Pinang Mohd Faiz
Subri menerima penghargaan khas selepas beliau disenarai pendek antara tiga
calon akhir untuk Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
manakala mendiang Ah Wa, yang merupakan peminat fanatik pasukan Liga Super
Perak, menerima anugerah penghormatan khas.
Ketua Setiausaha Kementerian
Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali turut menghadiri majlis itu.
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
dianjurkan setiap tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FMLLP bagi
mengiktiraf pencapaian pihak yang berkepentingan dalam Liga Malaysia.
Senarai Pemenang:
Pemain Paling Bernilai: Ahmad
Hazwan Bakri (Selangor)
Penyerang Terbaik: Ahmad Hazwan
Bakri (Selangor)
Penjaga Gol Terbaik: Khairul
Fahmi Che Mat (Kelantan)
Pemain Pertahanan Terbaik:
Muhammad Rizal Ghazali (Kedah)
Pemain Tengah Terbaik: Safiq
Rahim (JDT)
Jurulatih Terbaik: Tan Cheng
Hoe (Kedah)
Anugerah Fair Play – Negeri
Sembilan
Pemain Wanita Terbaik – Dandree
Rofinus (MISC-MIFA)
Penjaring Terbanyak Tempatan
(Liga Super) - Fazrul Hazli Mohd Kadri (Perak, 7 gol)
Penjaring Terbanyak Import
(Liga Super) – Jorge Pereyra Diaz (JDT, 18 gol)
Penjaring Terbanyak Tempatan
(Liga Perdana) – Abdul Malik Mat Ariff(Kuantan FA, 10 gol)
Penjaring Terbanyak Import
(Liga Perdana) - Ilija Spasojevic (Melaka United, 24 gol)
Pasukan Bola Sepak Terbaik –
Johor Darul Ta’zim
Kelab Penyokong Terbaik -
Melaka United
Laman Media Sosial Terbaik –
Johor Southern Tigers
Laman Web Terbaik – Johor Southern Tigers
Anugerah Komuniti – Subadron Aziz Football Academy dan
Kindness Malaysia
Anugerah Khas Piala Presiden -
Kelantan
Anugerah Khas Piala Belia –
Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Bawah 17
Anugerah Khas
Selamat Datang – MISC MIFA dan
PKNP FC
Penghargaan Khas
– Mohd Faiz Subri
(Anugerah Puskas FIFA)
Penghormatan Khas - Mendiang Ah
Wa
- Bernama
SUMBER- SINAR HARIAN
ONLINE 23 DISEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan