Kuala Lumpur: Penyerang Ahmad
Hazwan Bakri (dua kiri) masih belum membuat keputusan mengenai kedudukannya
bersama Selangor susulan kemelut dalaman yang menimpa Red Giants ketika ini.
Pemain kebangsaan berusia 25
tahun itu masih mempunyai kontrak setahun dengan Selangor namun persiapan
pasukan yang tidak menentu kerana masalah kewangan, meletakkan dirinya dalam
keadaan tersepit.
“Belum tahu lagi (kekal bersama
Selangor), tengok keadaan. Saya masih ada kontrak dengan Selangor tapi kena
bincang dulu dengan pihak pengurusan,” kata Hazwan kepada Arena Metro semalam.
Nasib Selangor musim depan
masih belum pasti selepas kerajaan negeri membuat keputusan tidak mahu
menyalurkan bantuan kewangan kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
Pergeseran antara Presiden FAS
yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dengan barisan Exco
dikatakan menjadi punca kemelut dalaman itu.
Sehingga kini, skuad juara
Piala Malaysia 33 kali itu masih tidak mempunyai jurulatih dan tidak mengambil
pemain baru termasuk import.
Pertemuan pihak pengurusan
pasukan dengan 14 pemain yang masih memiliki kontrak yang dirancang semalam
dibatalkan kerana ada pemain tidak dapat hadir.
Hazwan yang menjadi wira
Selangor pada final Piala Malaysia 2015 dilaporkan diintai beberapa pasukan
termasuk Johor Darul Ta’zim (Johor DT).
“Memang ada pasukan berminat
tapi saya tidak boleh buat keputusan kerana masih ada kontrak. Kalau boleh mahu
kekal dengan Selangor selagi mereka memerlukan khidmat saya tapi segala-galanya
bergantung kepada perbincangan nanti,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 5:07 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan