NOR AZAN FITRI
AHMAD HIDZIR | 24
Disember 2016 12:07 AM
Timbalan Presiden Persatuan
Bola Sepak Malaysia, Datuk Seri Afandi
TIMBALAN Presiden Persatuan
Bola Sepak Malaysia, Datuk Seri Afandi Hamzah (kiri) menyampaikan trofi
Penghargaan Khas kepada Faiz Subri dalam majlis penyampaian Anugerah Bola Sepak
Kebangsaan 2016 di Shah Alam malam tadi sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif
Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam.
SHAH ALAM 23 Dis. - Penyerang
kebangsaan yang akan beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan,
Ahmad Hazwan Bakri memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam majlis
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016 yang berlangsung di sini malam ini.
Bekas pemain Selangor itu turut
menerima anugerah Penyerang Terbaik ABK 2016 hasil kejayaannya menjaringkan
tujuh gol dalam 25 penampilan musim ini bersama juara Piala Malaysia 33 kali
itu.
Pemain berusia 25 tahun itu
dipilih selepas menerima undian majoriti daripada 24 jurulatih tempatan serta
ketua pasukan selain media tempatan.
“Sukar menggambarkan perasaan
saya. Saya rasa berbelah bahagi antara gembira dan sedih. Gembira kerana
dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai dan sedih kerana gagal bantu Selangor
meraih sebarang trofi musim ini.
“Kejayaan ini akan menjadi
perangsang untuk saya terus beraksi cemerlang pada musim akan datang.
“Saya bagaimanapun sudah bersedia
dengan cabaran baharu dalam karier saya. Sudah pasti saya akan bekerja keras
untuk membantu pasukan JDT mempertahankan gelaran juara Liga Super selepas
ini,” katanya.
Bintang Pulau Pinang, Mohd.
Faiz Subri pula diberikan Penghargaan Khas kerana jaringan luar biasanya semasa
perlawanan Liga Super menentang Pahang tersenarai dalam Anugerah Puskas FIFA.
Sementara itu JDT bersama
barisan pemainnya berada di dalam kelas tersendiri apabila berjaya merangkul
enam anugerah termasuk Pasukan Terbaik selain turut menerima anugerah Laman Web
serta Laman Media Sosial Terbaik menerusi Johor Southern Tigers.
Kapten JDT, Safiq Rahim terus
menerima pengiktirafan apabila dinobat selaku pemain tengah terbaik manakala
penyerang impot sensasi mereka Jorge Pareyra Diaz diangkat sebagai Pemain
Import Terbaik serta Penjaring Terbanyak Import Liga Super selepas meledak 18
gol dalam 22 penampilan liga.
Pemain Perak, Fazrul Hazli
Mohd. Kadri diiktiraf sebagai Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super.
Dalam pada itu pertahan Kedah,
Rizal Ghazali dipilih selaku Pemain Pertahanan Terbaik manakala jurulatih Lang
Merah, Tan Cheng Hoe menerima anugerah Jurulatih Terbaik.
Penjaga gol kebangsaan,
Khairul Fahmi Che Mat dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik dan Safawi Rasid
dari TFCII dipilih selaku Pemain Muda Harapan.
Pemain Kuantan FA, Abdul Malik
Mat Ariff menerima anugerah Penjaring Terbanyak Liga Perdana manakala pemain
import Melaka United, Ilija Spasojevic diiktiraf sebagai Penjaring Terbanyak
Import Liga Perdana selepas menjaringkan 27 gol.
SUMBER- See more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hazwan-pemain-terbaik-1.423705#sthash.yZvVkYpP.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan