MyMetroNode
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Selayang:
Selangor bangkit daripada aksi hambar untuk menang 2-1 ke atas Sheikh Jamal
Dhanmondi dalam aksi Kumpulan E Piala AFC di Stadium Majlis Perbandaran
Selayang (MP Selayang), malam tadi.
Namun apa yang
paling mencuri tumpuan adalah layangan dua kad merah diterima kedua-dua pasukan
dengan Red Giants dan kelab dari Bangladesh itu terpaksa beraksi 10 pemain.
Berdasarkan
kemenangan itu, Selangor kini mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan
satu seri selepas empat aksi.
Pada awal
permainan, pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan pantas mendominasi dengan
beberapa percubaan menggegar gol lawan namun tuan rumah hanya memperoleh
jaringan pembukaan pada minit ke-16 menerusi Ahmad Hazwan Bakri selepas
beberapa usaha sebelum itu menghampakan.
Walaupun terus
menguasai perlawanan, Selangor dikejutkan dengan jaringan penyamaan pasukan
pelawat menerusi rembatan Landing Darboe pada minit ke-35 selepas situasi kelam
kabut di depan gawang Khairul Azhan Khalid.
Terikat 1-1
nyata mencemaskan penyokong Selangor yang terus memberi semangat dengan memalu
gendang dan rebana bagi menyuntik motivasi pasukan mereka.
Pada minit
ke-56, tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Hafiz Kamal
diperintahkan keluar padang biarpun bekas tonggak Tok Gajah itu sekadar menepuk
bahu pemain pelawat.
Bagaimanapun,
pelawat juga menerima nasib sama apabila Yeasin Khan menerima kad kuning kedua
pada minit ke-67, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan
kekurangan seorang pemain.
Selangor yang
dihimpit kontroversi susulan pergaduhan pemain di bilik persalinan dalam
perlawanan Liga Super selepas aksi menentang FELDA United Jumaat lalu, lebih
bernasib baik apabila menemui gol kemenangan hasil penyudahan Patrick
Ronaldinho pada penghujung aksi.
Kejayaan
mengutip tiga mata itu kembali mencerahkan laluan Selangor untuk mara ke
pusingan kedua dengan aksi berikutnya berdepan kelab Filipina, Ceres FC di
Selayang pada 26 April ini.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 10:32 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan