MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

JOHOR Darul Ta’zim (JDT)
menempelak segelintir pihak yang melihat kelab berkenaan menjadi punca utama
pemainnya termasuk penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri tidak dapat
meneruskan kerjaya di peringkat tertinggi selepas menyertai mereka.
Malah, JDT menerusi akaun
Facebook Johor Southern Tiger (JST) turut melihat pandangan berkenaan tidak
adil kepada kelab berpangkalan di selatan tanah air sekali gus berniat mahu
mencemarkan imej pasukan.
Menerusi statistik di akaun
Facebook itu mendapati Hazwan memiliki rekod 4,297 minit sepanjang tiga musim
di JDT.
"2017: membabitkan 31
penampilan, tujuh jaringan gol, lima bantuan gol manakala 2018 pula 38
penampilan dengan empat jaringan dan enam bantuan gol. Pada tahun ini pemain
itu melakukan lapan penampilan dan satu bantuan gol.
“Secara keseluruhan, Hazwan
membuat penampilan dalam 78 perlawanan untuk JDT,” katanya, menerusi Facebook
JST.
Selain itu, Hazwan turut
memenangi tujuh trofi iaitu tiga kejuaraan Liga serta pernah menjulang sekali
Piala Malaysia.
Pemain itu turut, memenangi dua
Piala Sumbangsih dan dan satu Piala Cabaran baru-baru ini.
“Hazwan juga mendapat pendedahan
berharga di pentas Asia kerana sudah beraksi dalam 12 perlawanan Piala AFC dan
empat perlawanan peringkat kelayakan serta kumpulan di Liga Juara-Juara AFC.
“Akhir sekali, Hazwan mungkin
juga seorang jutawan yang tidak perlu bimbang tentang gaji yang tidak dibayar
seperti di beberapa kelab Malaysia lain kerana kebajikan pemain JDT diletakkan
sebagai keutamaan.” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 14 Oktober 2019 @ 2:59 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan