Khamis, 26 Disember 2019

Kim Swee mula risau

KUALA LUMPUR - Beberapa bekas pemain Harimau Muda A yang memilih haluan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini jarang diberikan peluang untuk beraksi bersama pasukan masing-masing, lantas timbul persoalan adakah keputusan mereka itu tepat?

Situasi itu jelas membingungkan pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee (gambar), yang risau terhadap persiapan Sukan Asia 2014 apabila ramai pemain utamanya kini berdepan prospek kehilangan kecergasan bagi menghadapi perlawanan berbentuk kompetitif.

Bukan berniat mahu mengkritik polisi mana-mana pasukan, beliau berharap pemainnya yang kini sekadar memanaskan bangku simpanan bersama pasukan atau kelab masing-masing dapat diturunkan dengan lebih kerap selepas ini bagi memastikan kesinambungan prestasi mereka tidak terjejas.

Malah dia memberi mesej yang jelas kepada penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi, Mohd. Fadhli Mohd. Shas, Mohd. Irfan Fazail (Johor Darul Ta'zim), A. Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri (Selangor) supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap sesi latihan pasukan masing-masing dan bukan hanya menunggu peluang seperti menanti bulan jatuh ke riba.

"Mungkin masih terlalu awal kerana baru tiga perlawanan Liga Super berlangsung tetapi sebenarnya saya sudah mula rasa bimbang terhadap persiapan skuad Bawah 23 tahun ke Sukan Asia 2014 jika trend ini (pemain memanaskan bangku simpanan) berterusan.

"Mereka sahaja pemain Bawah 23 tahun yang kita ada buat masa ini, jika mereka tidak bermain dengan kerap, siapa lagi yang saya hendak harapkan untuk bersama saya di Incheon nanti, adakah anda lihat pemain-pemain Bawah 23 tahun lain yang mampu menonjol seperti mereka?

"Saya tidak menyalahkan pasukan yang mereka wakili kerana ini pilihan mereka tetapi kalau selalu duduk bangku simpanan dan hanya beberapa minit diturunkan dalam setiap perlawanan, banyak perkara boleh memberikan kesan terhadap mereka nanti iaitu daripada segi stamina permainan untuk beraksi selama 90 minit," katanya ketika dihubungi, semalam.

Izham, yang merupakan penjaga gol utama Harimau Muda A dan Sukan SEA Myanmar 2013, masih belum beraksi dalam mana-mana perlawanan dan sekadar menjadi pilihan ketiga di belakang Norazlan Razali dan Muhd. Al-Hafiz Hamzah dalam pasukan JDT.

Begitu juga ketua pasukan Harimau Muda A, Mohd. Irfan. Fazail yang masih tidak merasai nikmat bermain di pentas Liga Malaysia sementara Mohd. Fadhli Shas hanya diturunkan sebagai pemain gantian semasa pertemuan dengan T-Team dan sekadar diletakkan di bek kiri, tidak mampu menggugat tempat Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dan Baihakki Khaizan sebagai pertahanan tengah.

Situasi di Selangor pula memperlihatkan Thamil Arasu lebih banyak bertindak selaku pemain gantian dengan jurulatih, Mehmet Durakovic lebih cenderung meletakkan Paulo Rangel selaku penyerang tunggal manakala Ahmad Hazwan hanya diberi peluang semasa berdepan Harimau Muda C dalam pusingan pertama Piala FA.

Namun, situasi itu berbeza buat pemain sayap kiri, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang kini bertindak antara pemain utama di Kelantan sementara Mohd. Rozaimi Abd. Rahman telah menjaringkan dua gol bersama Sabah dalam saingan Liga Perdana.

Menyentuh isu yang sama, jurulatih yang berasal dari Melaka itu walaupun Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan akan berlangsung lapan bulan lagi, beliau mahu semua pemain berada di tahap terbaik sejak sekarang.

"Pendedahan dan aksi secara kompetitif setiap minggu cukup penting supaya mental serta kecergasan mereka benar-benar bersedia hinggalah Sukan Asia pada September nanti.

"Jika semua pemain berada di bawah kendalian Harimau Muda itu bukan menjadi satu masalah buat saya memantau tahap perkembangan mereka namun mereka yang bermain dalam Liga Malaysia kena sentiasa menunjukkan prestasi terbaik jika mahu diserap ke dalam skuad ke Sukan Asia," tegasnya.
SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140130/su_01/Kim-Swee-mula-risau#ixzz2rpqeZB4M © Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 17 Disember 2019

Kenali pasukan Selangor

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI DAN SUBKHI SUDARJI
18 Januari 2014
Selangor
KEKUATAN

Bisa peledak Paulo Rangel sememangnya tidak perlu dinafikan, selain kelincahan De Souza dan kehadiran Andik Vermansyah dibahagian tengah pastinya mampu menyajikan aksi berbeza sebelum ini. Kredibiliti pengendali baru, Durokovic juga pastinya menjadi taruhan buat Gergasi Merah Kuning.

KELEMAHAN

Kehilangan beberapa tonggak utama khususnya di bahagian pertahanan pastinya memberi kesan selain pemain baru yang masih belum teruji sepenuhnya dalam saingan Liga Super seumpama ini.

Gelaran: Gergasi Merah Kuning @ The Red Giants

Stadium: Stadium MBPJ dan Stadium Shah Alam
Pencapaian musim lalu: Naib Johan Liga Super, Layak Piala AFC 2014
Pengurus / Ketua Jurulatih: Mehmed Durokavic
Penolong Ketua Jurulatih: P Maniam
Jurulatih Penjaga Gol: Robert Graskoski
Jurulatih Kecergasan: Mashiedee Sulaiman
Fisioterapi: Khidir Abd Karim Elfdl Ali
Pegawai Media: Mohd Rosedy Mohd Nadzir
Pegawai Keselamatan: Raja Restam Azhar Raja Jaafar

PEMAIN DIKEKALKAN

1. Abdul Shukur Jusoh (6)
2. Mohd Bunyamin Umar (Kapten) (12)
3. Mohd Raimi Md Nor (13)
4. K Gurusamay (15)
5. S Kunalan (16)
6. Muhammad Afiq Azmi (19)
7. S Veenod (23)
8. Mohd Fitri Shazwan (24)

PEMAIN BARU

1. Muhammad Syamim Othman (1)
2. Mohd Shazlan Alias (2)
3. Mohamad Azmi Muslim (3)
4. Stilianos Pantelidis (4)
5. Muhammad Shahrom Abdul Kalam (5)
6. Andik Vermansah (7)
7. Paulo Rangel Do Nascimento Gomes (9)
8. Junior Aparecido Guimaro De Souza (10)
9. Ahmad Hazwan Bakri (11)
10. Abdul Hadi Yahya (14)
11. Rizal Fahmi Ab Rosid (17)
12. P Rajesh (18)
13. A Thamil Arasu (20)
14. Mohd Hamsani Ahmad (21)
15. Mohd Farizal Marlias (25)
16. K Satish (31)

PEMAIN KELUAR

1. Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Asharudin Putra Omar, Norazlan Razali (JDT I)
2. K Solihin , Nasriq Baharom (Felda United)
3. Mohd Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu)
4. Ramzul Zahini Adeban ( T-Team)
5. Mohd Fairuz Abdul Aziz, Muhammad Nazrul Kamaruzaman, Mohammad Rafiq Shah Mohammad Zaim (SDFC)

SINAR HARIAN ONLINE 18.1.14

Sabtu, 7 Disember 2019

Kim Swee senarai 23 pemain

MyMetroNode
 
BERNAMA
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 23 pemain ke latihan pusat menjelang perlawanan menentang Korea Utara pada 28 Mac ini.

Latihan pusat akan diadakan di Wisma FAM di Kelana Jaya bermula Isnin depan sehingga 20 Mac sebagai persiapan untuk aksi persahabatan menentang Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila pada 22 Mac.

Skuad Harimau Malaysia menghadapi cabaran getir menentang Korea Utara pada aksi sulung pusingan kelayakan terakhir Piala Asia 2019 itu.

Venue bagi perlawanan itu akan diumum oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) esok, ekoran permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan itu diadakan di venue neutral atas faktor keselamatan.

Bagi panggilan kali ini, Kim Swee mengekalkan sebahagian skuad Piala Suzuki AFF 2016 di Yangon, Myanmar pada November lalu dengan 18 pemain dikekalkan dan lima pemain ditukar menurut kenyataan FAM, hari ini.

Lima pemain digugurkan ialah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Irfan Fazail (JDT II), Ahmad Fakri Saarani (Kedah), Darren Lok (JDT) dan Norshahrul Idlan Talaha (Felda United).

Mereka digantikan dengan penjaga gol Felda United Mohd Farizal Harun, Mohd Afif Amiruddin (Pahang), Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka), Mohamad Nasir Basharudin (Perak) dan Muhammad Akram Mahinan (Kedah) untuk melengkapkan skuad.

Kesemua pemain itu perlu melaporkan diri kepada Kim Swee pada Isnin ini kecuali dua pemain JDT (Rabu) dan dua pemain Felda United (Khamis) kerana terbabit dengan aksi Piala AFC 2017 dengan kelab masing-masing.

Menurut kenyataan itu, purata umur bagi senarai skuad kali ini ialah 28.0 tahun. Tujuh pemain berusia 25 tahun dan ke bawah dengan sembilan pemain berusia 26-29 tahun serta tujuh pemain berusia 30 tahun dan ke atas.

23 pemain terbabit ialah Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Shahrul Mohd Saad, Mohamad Nasir Basharudin, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (kesemuanya Perak), Khairul Helmi Johari, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Baddrol Bakhtiar, Muhammad Akram Mahinan dan Mohd Syazwan Zainon (Kedah).

Mohamad Fadhli Mohd Shah, Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Mohd Farizal Harun, Muhammad Hadin Azman (Felda United), Matthew Davies, Mohd Afif Amiruddin (Pahang), Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, S Veenod (Selangor), Khair Muhammad Jefri Jones, Mohd Amri Yahyah (Melaka United), Mohd Safee Mohd Sali (PKNS FC) dan Ronny Harun (Sarawak).

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 4:55 PM

Rabu, 4 Disember 2019

Hmmm... kena 6-0 lagi [VIDEO]

MyMetroNode


Daripada Aziman Rosdi di Amman dan Jordan
aziman@hmetro.com.my
Peluang Harimau Malaya untuk mengintai tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2019 semakin kelam selepas tewas 0-6 dengan Palestin dalam aksi kelayakan Kumpulan A di Stadium Antarabangsa Amman malam tadi.

Selepas peluang Malaysia untuk layak ke Piala Dunia 2018 sudah tertutup, kekalahan keempat dalam enam perlawanan kempen kelayakan itu meletakkan skuad kendalian jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee kekal di tangga keempat dengan empat mata manakala Palestin terus mencabar pendahulu Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila mengumpul sembilan mata.

Ini kali kedua Harimau Malaya tumpas kepada Palestin selepas dimalukan dengan kekalahan 0-6 di Stadium Nasional Bukit Jalil 16 Jun lalu ketika di bawah bimbingan Dollah Salleh.

Tanpa beberapa tonggak utama seperti penyerang Mohd Safee Sali, Baddrol Bakhtiar dan Azamuddin Akil, pengendali sementara Kim Swee terpaksa melakukan rombakan dalam kesebelasan utama.

Pemain tengah Shahrul Saad yang diturunkan buat kali pertama dalam skuad utama Harimau Malaya beraksi baik dengan menyelamatkan percubaan Palestin Ashraf Alfawaghra di atas garisan gol pada minit ke-19.

Selepas lebih setengah jam beraksi, benteng pertahanan negara mula rapuh apabila melepaskan dua gol dalam tempoh dua minit bermula dengan jaringan Jonathan Zorilla pada minit ke-36 sebelum Ahmed Abunahia menjadikan kedudukan 2-0.

Gawang negara yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat bolos lagi pada minit ke-45 selepas Ahmed Abunahia memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti.

Dalam aksi cuaca sejuk dengan suhu 12 darjah selsius, Malaysia cuba bangkit pada separuh masa kedua namun percubaan penyerang Mohd Amri Yahyah berjaya diselamatkan penjaga gol Tawfiq Abuhammad.

Bagaimanapun skuad Lions of Canaan berjaya menambah gol keempat hasil percubaan Ahmed Abunahia yang turut melengkapkan hatrik pada minit ke-59 sebelum penyerang gantian Tamer Seyam menambah derita pasukan pelawat dengan gol di minit ke-88.

Pemain tengah Jaka Hbaisha melengkapkan kemenangan 6-0 Palestin dengan rembatan deras di minit ke-92.

Harimau Malaya akan meneruskan saingan peringkat kumpulan menentang UAE di Stadium Shah Alam 17 November ini sebelum aksi terakhir dengan Arab Saudi pada Mac tahun depan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2015 @ 12:14 AM