MyMetroArena
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Penyerang skuad
kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri enggan langkahnya terhenti setakat aksi bertemu
Maldives, sebaliknya berazam untuk menempatkan diri dalam skuad ke Piala AFF
Suzuki 2018.
Bagaimanapun penyerang yang
beraksi bersama juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui tiada
laluan automatik buat dirinya mewakili skuad kebangsaan terutamanya selepas
berdepan saingan sengit daripada rakan sepasukan.
Justeru, dia mengakui perlu
bekerja lebih keras supaya dapat terus kekal dalam skuad kebangsaan dan
mengelak daripada menjadi tiga pemain terakhir yang akan digugurkan oleh
jurulatih, Tan Cheng Hoe selepas aksi menentang Maldives, 3 November ini.
“Terima kasih kepada jurulatih
kepada memberi peluang buat saya kembali menyertai skuad kebangsaan. Saya rasa
tidak akan berdepan masalah kerana sebelum ini pun pernah berada di bawah
kendalian jurulatih Cheng Hoe,” kata Hazwan.
“Kehadiran rakan sepasukan yang
lain sememangnya satu saingan yang baik. Pemilihan pemain untuk ke Piala AFF
Suzuki 2018 terletak di tangan jurulatih tetapi saya akan memberikan yang
terbaik untuk mewakili negara.”
Kali terakhir pemain berusia 27
tahun itu beraksi dalam skuad kebangsaan adalah ketika aksi bertemu Mongolia
pada 22 Mac lalu yang berakhir dengan keputusan 2-2.
Bekas penggempur Selangor yang
meledak dua gol pada pentas akhir Piala Malaysia 2015 itu antara lapan muka
baharu yang dipanggil Cheng Hoe untuk aksi bertemu Maldives dan juga skuad ke
Piala AFF Suzuki 2018.
Saingannya untuk merebut tempat
dalam jentera serangan dilihat begitu sengit selepas Cheng Hoe turut memanggil
dua rakan sepasukannya di JDT iaitu Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid, Shahrel
Fikri Md Fauzi (Nakhon Ratchasima), Zaquan Adha Abdul Radzak (Kuala Lumpur),
Nor Shahrul Idlan Talaha (Pahang) serta pemain naturalisasi pertama negara,
Mohamadou Sumareh.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Rabu, 24 Oktober 2018 @ 6:58 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan