MyMetroNode

BERNAMA
Petaling Jaya: Penyerang
kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri menamatkan musim ini dengan bergaya selepas
membolot dua gelaran pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016
malam ini.
Bekas penyerang Selangor itu yang
menyertai juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) musim depan
dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai.
Penjaga gol kebangsaan Khairul
Fahmi Che Mat yang beraksi bagi pasukan Kelantan melakar sejarah tersendiri
dengan memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik buat kali kelima selepas
memenangi anugerah sama dari 2010 sehingga 2013.
Bekas kapten skuad kebangsaan
Safiq Rahim pula memenangi gelaran Pemain Tengah Terbaik untuk kali keempat
selepas memenangi anugerah sama pada 2011, 2012 dan 2015.
Dua individu penting membantu
Kedah menjulang Piala Malaysia musim ini iaitu Muhammad Rizal Ghazali dan Tan
Cheng Hoe masing-masing dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik dan Jurulatih
Terbaik.
Bekas pemain sayap T-Team Muhd
Safawi Rasid, yang sah menyertai JDT pada musim depan, pula dipilih sebagai
Pemain Muda Harapan.
Pada majlis sama Football
Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) selaku pentadbir Liga Malaysia
turut memberi dua anugerah khas kepada individu memberi sumbangan kepada bola
sepak tanah air.
Pemain Pulau Pinang Mohd Faiz
Subri menerima penghargaan khas selepas disenarai pendek tiga calon akhir untuk
Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) manakala mendiang Ah
Wa, yang merupakan peminat fanatik pasukan Liga Super Perak, menerima anugerah
penghormatan khas.
Ketua Setiausaha Kementerian
Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali hadir majlis itu.
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
dianjur setiap tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FMLLP bagi
mengiktiraf pencapaian dalam Liga Malaysia.
SENARAI PEMENANG
Pemain Paling Bernilai: Ahmad
Hazwan Bakri (Selangor)
Penyerang Terbaik: Ahmad Hazwan
Bakri (Selangor)
Penjaga Gol Terbaik: Khairul
Fahmi Che Mat (Kelantan)
Pemain Pertahanan Terbaik:
Muhammad Rizal Ghazali (Kedah)
Pemain Tengah Terbaik: Safiq
Rahim (JDT)
Jurulatih Terbaik: Tan Cheng Hoe
(Kedah)
Anugerah Fair Play: Negeri
Sembilan
Pemain Wanita Terbaik: Dandree
Rofinus (MISC-MIFA)
Penjaring Terbanyak Tempatan
(Liga Super) - Fazrul Hazli Mohd Kadri (Perak, 7 gol)
Penjaring Terbanyak Import (Liga
Super) – Jorge Pereyra Diaz (JDT, 18 gol)
Penjaring Terbanyak Tempatan
(Liga Perdana) – Abdul Malik Mat Ariff(Kuantan FA, 10 gol)
Penjaring Terbanyak Import (Liga
Perdana) - Ilija Spasojevic (Melaka United, 24 gol)
Pasukan Bola Sepak Terbaik –
Johor Darul Ta’zim
Kelab Penyokong Terbaik - Melaka
United
Laman Media Sosial Terbaik –
Johor Southern Tigers
Laman Web Terbaik – Johor
Southern Tigers
Anugerah Komuniti – Subadron Aziz
Football Academy dan Kindness Malaysia
Anugerah Khas Piala Presiden -
Kelantan
Anugerah Khas Piala Belia –
Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Bawah 17
Anugerah Khas Selamat Datang –
MISC MIFA dan PKNP FC
Penghargaan Khas – Mohd Faiz
Subri (Anugerah Puskas FIFA)
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 23 Disember 2016 @ 11:33 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan