Profesor ada enam calon
pengganti Hazwan, tolak gaya Sepanyol
NELO VINGADA bersama penolong
jurulatih Tan Cheng Hoe (kiri) berbincang ketika sesi latihan skuad Harimau Malaya
di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam. Malaysia akan bertemu Hong Kong dalam
kelayakan Piala Asia 2019 di Hong Kong Selasa depan. Utusan/FAUZI BAHARUDIN
06 Oktober 2017 3:08 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
PETALING JAYA 5 Okt. – Nelo
Vingada masih berharap skuad negara mampu menurunkan penyerang tunggal atau dua
penyerang selepas kehilangan Ahmad Hazwan Bakri yang cedera apabila menghadapi
Hong Kong dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2019 Selasa depan.
Vingada, yang digelar Profesor,
berkata terdapat hingga enam pilihan pemain dalam kem latihan pusat yang boleh
ditempatkannya di barisan depan antaranya Darren Lok, Safawi Rashid, Wan Zack
Haikal Wan Noor, Shahrel Fikri Fauzi dan Syamer Kutty Abba.
“Ramai pemain tengah yang boleh
menggantikan Hazwan walaupun saya kurang gemar meletakkan pemain di posisi yang
bukan kebiasaannya. Kami masih ada pilihan untuk bermain dengan seorang
penyerang sahaja atau secara lebih terbuka, dua penyerang.
“Yang pasti turun dengan
formasi tanpa penyerang (4-6-0 ala tiki-taka pasukan Sepanyol) bukanlah pilihan
saya,” kata jurulatih kelahiran Portugal itu ketika di temui sewaktu sesi
latihan hari kedua pasukan di Wisma FAM di sini hari ini.
Penyerang Johor Darul Ta’zim, Hazwan
cedera pangkal paha dan Vingada juga perlu menunggu perkembangan terbaharu
pemain Pahang, Nor Azam Azih yang meminta pelepasan kerana kakaknya dimasukkan
ke hospital.
Malaysia yang menghuni anak
tangga corot Kumpulan B peringkat kelayakan selepas ditumpaskan Lebanon 2-1 di
Johor Bahru (13 Jun) dan mengikat Hong Kong 1-1 (di Melaka, 5 September) akan
bertandang ke Stadium Hong Kong dengan misi memburu kemenangan sulung.
Perlawanan dengan Korea Utara
yang mulanya dijadualkan hari ini di Stadim Kim Il Sung, Pyongyang terpaksa
ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan diputuskan oleh Konfederasi Bola Sepak
Asia (AFC).
Jurulatih dari Portugal,
Vingada berkata dia boleh menasihatkan pemain supaya sentiasa mengawal perasaan
dan menghormati keputusan pengadil bagi mengelakkan insiden yang menyebabkan
Aidil Zafuan Radzak dan Rizal Ghazali dibuang padang di Stadium Hang Jebat,
Melaka ketika bertemu Hong Kong.
“Namun tiada siapa yang boleh
meramalkan apa akan berlaku. Tekanan begitu tinggi dalam perlawanan sebegini.
Pemain juga manusia biasa dan ada pemain yang berperwatakan berbeza sekalipun
kami boleh cuba mengingatkan mereka,” katanya.
Kapten skuad negara Safiq Rahim
berkata, yang penting ialah persiapan pasukan negara sekarang dijalankan dengan
memikirkan hanya yang positif sambil mengutip pengajaran di Melaka supaya tidak
diulangi di Hong Kong pula.
“Siapa sahaja dipilih
jurulatih, perlu balas kepercayaannya demi memburu mata maksimum. Sama ada
lawan ada ramai pemain naturalisasi, biarlah kita juga gunakan pengalaman
bersaing dengan pemain asing dalam Liga Malaysia sebagai bekalan menghadapi
mereka,” katanya.
Darren pula berkata, pasukannya
memiliki banyak peluang yang bagus untuk menghasilkan jaringan di Melaka lalu
tetapi tidak mendapat keputusan perlawanan yang dikehendaki
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/profesor-ada-enam-calon-pengganti-hazwan-tolak-gaya-sepanyol-1.534606#ixzz4ujT56iJ5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan