Khamis, 29 Ogos 2019

Tekad Hazwan bukti kemampuan

Muhd. Ardie Putra Suhaimi
27 Ogos 2019 8:00 AM
HAZWAN (tengah) mahu membuktikan pemilihannya bukanlah sia-sia
HAZWAN (tengah) mahu membuktikan pemilihannya bukanlah sia-sia dan bersedia untuk memberikan aksi terbaik bersama skuad Harimau Malaya.

PENYERANG Harimau Malaya, Ahmad Hazwan Bakri bersedia untuk memikat barisan kejurulatihan bagi membuktikan pemilihannya dalam skuad kebangsaan kali ini bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.

Sebagai rekod, ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe telah dikritik susulan keputusannya menyenaraikan Hazwan dalam senarai ke kem latihan pusat untuk mengharungi kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 kerana tidak dapat minit permainan yang cukup bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.


Justeru, Hazwan berharap dapat diberikan peluang untuk membuktikan keupayaannya terutama ketika aksi antarabangsa bertemu Jordan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat ini meskipun sedar saingan sangat kompetitif.

“Saya akui kurang mendapat minit permainan bersama JDT musim ini tetapi ia tidak menjadi masalah untuk saya mewakili skuad kebangsaan kerana intensiti serta sesi latihan di sini sangat tinggi.

“Saya sentiasa bersedia sekiranya diturunkan tetapi keputusan tersebut terletak di tangan jurulatih. Harus diingat sai­ngan merebut tempat dalam kesebelasan utama agak sukar dengan kualiti yang ada pada jentera serangan kali ini.

“Apa yang pasti, sesiapa sahaja yang diturunkan perlu memberikan aksi seratus peratus dalam misi melakar keputusan positif ke atas Jordan kerana kita akan bertemu Indonesia,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Kuala Lumpur semalam.

Selepas saingan bertemu Jordan, skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Sang Garuda di ge­langgang keramat, Stadium Gelora Bung Karno pada aksi pertama peringkat Kumpulan G pada 5 September depan.

Dalam perkembangan sama, Cheng Hoe me­ngakui sedikit resah apabila pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh masih belum cergas sepenuhnya kerana kece­deraan di bahagian pangkal paha.

“Situasi Sumareh masih lagi dipantau kerana kecederaan yang dialami ketika mewakili pasukan Pahang awal bulan ini. Saya harap dia sempat pulih dan cergas sepenuhnya sebelum aksi bertemu Jordan nanti,” katanya.
SUMBER-UTUSAN ONLINE 27 Ogos 2019 8:00 AM

Isnin, 13 Mei 2019

PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA 24 Mei 2017


PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA 24 Mei 2017
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Senarai Pemain Penjaga Gol: Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Mohd Khairul Azhan Khalid, Izham Tarmizi Roslan. Pertahanan: Mohd Rizal Mohd Ghazali, Khairul Helmi Johari, Matthew Davies, Shahrul Saad, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Muhammad Fazly Mazlan, Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan. Tengah: Baddrol Bakhtiar, Mohd Syazwan Zainon, Muhammad Akram Mahinan, Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Ahmad Syamim Yahya, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Safiq Rahim, Mahali Jasuli, S Chanturu, Azammuddin Mohd Akil, Amirul Hadi Zainal, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham. Penyerang: Mohd Safee Sali, Mohd Amri Yahyah, Ahmad Hazwan Bakri.[i]


[i] http://www.bharian.com.my/node/286113

KEM LATIHAN PUSAT FASA AKHIR MENJELANG PIALA AFF 2016


PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA "A"
14 November 2016 (Isnin)
Malaysia
Ahmad Hazwan Bakri (21') Amri Yahyah (47' pen)     2-1          Papua New Guinea  Stadium Shah Alam

1 Mohd Khairulazhan Mohd Khalid (22 Khairul Fahmi Che Mat 74'), 2 Matthew Thomas Davies, 3 Shahrul Mohd Saad, 5 Muhammad Shahrom Abdul Kalam, 7 Mohd Irfan Fazail (19 S Veenod 59'), 8 Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (23 Hadin Azman 70'), 11 Baddrol Bakhtiar, 12 Ahmad Hazwan Bakri (9 Norshahrul Idlan Talaha 70'), 15 Mohd Rizal Mohd Ghazali, 17 Amri Yahyah (C) (20 Safawi Rasid 59'), Darren Lok (10 Safee Sali 59')

Simpanan: 4 Mohamad Fadhli Mohd Shas, 6 Khairul Helmi Johari, 9 Norshahrul Idlan Talaha, 10 Mohd Safee Mohd Sali, 13 Nazirul Naim Che Hashim, 14 Ahmad Fakri Saarani, 16 Mohd Syazwan Zainon, 19 Veenod Subramaniam, 20 Muhammad Safawi Rasid, 22 Khairul Fahmi Che Mat (GK), 23 Muhammad Hadin Azman, 28 Muhammad Hafizul Hakim (GK)

Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee
Penolong Jurulatih I: Bradley John Maloney
Penolong Jurulatih II: Hassan Sazali Mohd Waras
Jurulatih Penjaga Gol: Yong Wai Hwang.[1]


[1] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

Ahad, 12 Mei 2019

Vingada uji lapan tenaga baru

MyMetroArena
Mohd Fitrie Muhamad
fitrie@bh.com.my
PENGEDALI kebangsaan, Nelo Vingada memanggil lapan pemain baru ke latihan pusat Harimau Malaya yang bermula Sabtu ini sebagai persiapan sebelum menentang Korea Utara pada kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November ini.

Pemain berkenaan adalah penyerang skuad B-22 kebangsaan, Syafiq Ahmad (Kedah) serta tujuh pemain dari Johor Darul Ta’zim (Johor DT) iaitu penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.


FAZLY (dua dari kanan) turut diuji Vingada.
Senarai lapan pemain itu menggantikan lapan nama yang digugurkan, penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Fitri Omar dan Syazwan Zainon (Kedah), Amirulhadi Zainal (Johor DT) serta Matthew Davies (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC) yang mengalami kecederaan.

Ini bermakna hanya 16 pemain yang dipanggil sebelum ini dikekalkan termasuk dua pemain yang tidak menyertai pasukan ke Hong Kong, iaitu Ahmad Hazwan Bakri (Johor DT) dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).

Bagaimanapun, hanya 10 pemain dari Perak, Pahang, Selangor, FELDA United dan Pulau Pinang akan melapor diri pada Sabtu ini (4 November) sementara baki 14 pemain dari Johor DT dan Kedah akan melapor diri pada Isnin iaitu selepas berakhir aksi final Piala Malaysia.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan berlepas ke Thailand Selasa ini.


IZHAM tersenarai dalam aksi menentang Korea Utara.
Senarai pemain:

Safiq Rahim, Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok, Nazmi Faiz Mansor, Safawi Rasid, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Izham Tarmizi Roslan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S Kunanlan, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrom Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan (Perak), Baddrol Bakhtiar, Syafiq Ahmad (Kedah), Kiko Insa, Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Khairulazhan Khalid, Adam Nor Azlin (Selangor), Wan Zack Haikal Wan Nor (FELDA United), Syamel Kutty Abba (Pulau Pinang).

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 3:07 PM

Sabtu, 11 Mei 2019

Selangor selamat!


MyMetroNode
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
 
Selayang: Selangor bangkit daripada aksi hambar untuk menang 2-1 ke atas Sheikh Jamal Dhanmondi dalam aksi Kumpulan E Piala AFC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MP Selayang), malam tadi.

Namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah layangan dua kad merah diterima kedua-dua pasukan dengan Red Giants dan kelab dari Bangladesh itu terpaksa beraksi 10 pemain.

Berdasarkan kemenangan itu, Selangor kini mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri selepas empat aksi.

Pada awal permainan, pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan pantas mendominasi dengan beberapa percubaan menggegar gol lawan namun tuan rumah hanya memperoleh jaringan pembukaan pada minit ke-16 menerusi Ahmad Hazwan Bakri selepas beberapa usaha sebelum itu menghampakan.

Walaupun terus menguasai perlawanan, Selangor dikejutkan dengan jaringan penyamaan pasukan pelawat menerusi rembatan Landing Darboe pada minit ke-35 selepas situasi kelam kabut di depan gawang Khairul Azhan Khalid.

Terikat 1-1 nyata mencemaskan penyokong Selangor yang terus memberi semangat dengan memalu gendang dan rebana bagi menyuntik motivasi pasukan mereka.

Pada minit ke-56, tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Hafiz Kamal diperintahkan keluar padang biarpun bekas tonggak Tok Gajah itu sekadar menepuk bahu pemain pelawat.

Bagaimanapun, pelawat juga menerima nasib sama apabila Yeasin Khan menerima kad kuning kedua pada minit ke-67, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan kekurangan seorang pemain.

Selangor yang dihimpit kontroversi susulan pergaduhan pemain di bilik persalinan dalam perlawanan Liga Super selepas aksi menentang FELDA United Jumaat lalu, lebih bernasib baik apabila menemui gol kemenangan hasil penyudahan Patrick Ronaldinho pada penghujung aksi.

Kejayaan mengutip tiga mata itu kembali mencerahkan laluan Selangor untuk mara ke pusingan kedua dengan aksi berikutnya berdepan kelab Filipina, Ceres FC di Selayang pada 26 April ini.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 10:32 AM

Jumaat, 10 Mei 2019

Senarai 21 Pemain Olimpik Malaysia Bertemu Bahrain

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Khairul Fahmi Che Mat, Izham Tarmizi Roslan, Mahali Jasuli, Affizie Faisal Mamat, Muslim Ahmad, Wan Ahmad Amizafran Wan Nadris, Amer Saidin, Zubir Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul, Ahmad Fakri Saarani, Gary Steven Robbart, Irfan Fazail, K. Gurusamy, Nazmi Faiz Mansur, Mohd Azizan Nordin, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Ahmad Shakir Md Ali, Fandi Othman, Ahmad Hazwan Bakri

Digugurkan: Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Sharil Sa'ari, Syazwan Tajuddin, Izuan Salahuddin

Isnin, 6 Mei 2019

KEPUTUSAN MASA PERTAMA FILIPINA 0-0 MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Filipina       0-0 Malaysia
MALAYSIA
01 KHAIRUL AZHAN KHALID
03 SHAHROM KALAM
05 SHAHRUL SAAD
20 RHONNY HARUN
07 BADDROL BAKHTIAR
14 KHAIR JONES
15 RIZAL GHAZALI
09 HAZWAN BAKRI
10 SAFEE SALI
16 SHAZWAN ZAINON
17 AMRI YAHYA