Selasa, 26 November 2019

Hazwan tekad pikat hati Kim Swee


DAIRI NOV 19
Sukan
Isnin, 23 Mei 2016 | 10:05pm
Cari Kata Kunci
Hazwan tekad pikat hati Kim Swee
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
AHMAD Hazwan menyifatkan tiada jalan mudah untuk dia membarisi kesebelasan utama Harimau Malaysia. - Foto Fathil Asri
KELANA JAYA: Penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri menyifatkan tiada jalan mudah untuk dia membarisi kesebelasan utama meskipun hanya tiga penyerang yang dipanggil bagi mewakili Harimau Malaysia.

Penggempur Selangor itu turut mengakui saingan pastinya sengit untuk merebut posisi selaku penyerang utama terutamanya selepas penyerang senior, Amri Yahyah turut dipanggil dalam senarai 25 pemain kebangsaan.

Namun, penyerang berusia 25 tahun itu optimis dia mampu memberi yang terbaik untuk mengagumkan pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee sekali gus bersedia memainkan watak selaku penyerang utama.

"Tekanan pastinya ada kerana bermain di bahagian serangan tidak mudah tambahan pula bagi aksi di peringkat antarabangsa.

"Walaupun sedikit bergelut untuk mendapatkan kembali prestasi selepas mengalami kecederaan, namun saya yakin saya mampu kembali ke tahap yang terbaik menjelang aksi persahabatan menentang Myanmar nanti," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Penyerang kelahiran Labuan itu turut mengakui kehadiran Amri dalam pasukan memberi manfaat kepada dirinya dengan dia tidak sabar untuk bergandingan dengan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.

"Pastinya bagus dapat bermain bersama Amri kerana banyak perkara yang boleh dipelajari daripada dia yang memiliki banyak pengalaman beraksi di pentas antarabangsa," katanya.

Selain itu, dia menegaskan tidak berdepan sebarang masalah untuk diturunkan selaku penyerang walaupun lebih banyak beraksi di posisi pemain sayap ketika bersama pasukan The Red Giants.

"Pada pandangan saya, itu tidak menyukarkan saya kerana saya boleh beraksi dengan baik di kedua-dua posisi terbabit," katanya.[i]


[i] https://www.bharian.com.my/node/156750

Tiada ulasan:

Catat Ulasan