DAIRI NOV 19
Sukan
Isnin, 23 Mei
2016 | 10:05pm
Cari Kata
Kunci
Hazwan tekad
pikat hati Kim Swee
Oleh Syafiq
Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
AHMAD Hazwan
menyifatkan tiada jalan mudah untuk dia membarisi kesebelasan utama Harimau
Malaysia. - Foto Fathil Asri
KELANA JAYA:
Penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri menyifatkan tiada jalan mudah untuk
dia membarisi kesebelasan utama meskipun hanya tiga penyerang yang dipanggil
bagi mewakili Harimau Malaysia.
Penggempur
Selangor itu turut mengakui saingan pastinya sengit untuk merebut posisi selaku
penyerang utama terutamanya selepas penyerang senior, Amri Yahyah turut
dipanggil dalam senarai 25 pemain kebangsaan.
Namun,
penyerang berusia 25 tahun itu optimis dia mampu memberi yang terbaik untuk
mengagumkan pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee sekali gus bersedia
memainkan watak selaku penyerang utama.
"Tekanan
pastinya ada kerana bermain di bahagian serangan tidak mudah tambahan pula bagi
aksi di peringkat antarabangsa.
"Walaupun
sedikit bergelut untuk mendapatkan kembali prestasi selepas mengalami
kecederaan, namun saya yakin saya mampu kembali ke tahap yang terbaik menjelang
aksi persahabatan menentang Myanmar nanti," katanya ketika ditemui pada
sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, semalam.
Penyerang
kelahiran Labuan itu turut mengakui kehadiran Amri dalam pasukan memberi
manfaat kepada dirinya dengan dia tidak sabar untuk bergandingan dengan pemain
Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.
"Pastinya
bagus dapat bermain bersama Amri kerana banyak perkara yang boleh dipelajari
daripada dia yang memiliki banyak pengalaman beraksi di pentas
antarabangsa," katanya.
Selain itu,
dia menegaskan tidak berdepan sebarang masalah untuk diturunkan selaku
penyerang walaupun lebih banyak beraksi di posisi pemain sayap ketika bersama
pasukan The Red Giants.
"Pada
pandangan saya, itu tidak menyukarkan saya kerana saya boleh beraksi dengan
baik di kedua-dua posisi terbabit," katanya.[i]
[i] https://www.bharian.com.my/node/156750