Isnin, 30 Oktober 2017

Hazwan sedia galas tugas



myMetro
 
Kuala Lumpur: Ketiadaan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu Jorge Pereyra Diaz seharusnya tidak perlu ditangisi penyokong Johor Darul Ta’zim (Johor DT) kerana pemain baharu Ahmad Hazwan Bakri bersedia mengisi kekosongan itu.

Malah, semangat penyerang berusia 25 tahun itu untuk mengharungi cabaran musim depan terus melonjak selepas merangkul anugerah Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik Kebangsaan selepas cemerlang bersama Selangor pada musim 2016.

Masalah kecederaan di awal musim lalu sedikit menjejaskan rentaknya untuk membantu Red Giants dalam saingan Liga Super namun prestasinya meningkat selepas pulih apabila membantu pasukan melangkah ke final Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut sebelum tumpas kepada Kedah.

Bagi Hazwan, dia sedar dengan cabaran besar menantinya bersama Johor DT apatah lagi harapan tinggi yang diletakkan peminat Harimau Selatan dalam misi melebarkan kejuaraan Liga Super.

“Bagi saya, cabaran ini satu cabaran besar kerana kami juga akan bermain dalam Piala AFC, pusingan kelayakan ACL (Liga Juara-Juara Asia) jadi mungkin saya boleh membantu pasukan dan mengembangkan bakat saya dengan Johor DT.

“Sebelum ini Johor DT ada Diaz, kemungkinan dia tak ada bersama pasukan. Kita ada (Martin) Lucero dan mungkin ada seorang lagi pemain import, pada saya tak ada masalah, kita boleh cuba tanpa Diaz,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 kelmarin.

Diaz tidak akan bersama Johor DT tahun depan selepas pihak pengurusan bercadang menjual pemain itu ke kelab lain atas alasan mahu mengawal perbelanjaan pasukan.

Bagi Hazwan, bekas pemain Harimau Muda A yang turut membantu skuad kebangsaan melepasi pusingan play-off Piala Asia 2019 Mei lalu dengan meledak tiga gol bagi kemenangan agregat 6-0 ke atas Timor Leste, dia masih tidak lupa kepada Selangor.

“Musim ini saya agak tak berpuas hati sebab dalam Liga Super saya tak banyak bantu pasukan, tak dapat kekalkan Piala Malaysia. Kepada pasukan Selangor dan penyokong, saya berterima kasih sebab beri saya peluang tiga tahun menyarung jersi merah kuning,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Disember 2016 @ 5:13 AM

Hazwan pakar final Piala Malaysia

Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
PENGALAMAN di pentas final Piala Malaysia dua kali berturut-turut seharusnya menjadi kelebihan buat penyerang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Hazwan Bakri untuk berdepan juara bertahan Kedah pada perebutan kejuaraan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Bukan sekadar merasai nikmat beraksi di final bersama Selangor sebelum ini, malah pemain berusia 26 tahun itu turut meledak dua gol ketika menewaskan Kedah 2-0 pada 2015 dan satu gol ketika seri 1-1 namun tewas menerusi penentuan sepakan penalti 5-6 kepada lawan sama.

Bagi Hazwan, dia berharap akan mendapat kepercayaan jurulatih Ulisses Morais untuk beraksi di final buat kali ketiga berturut-turut.

“Kalau ada rezeki, memang saya mahu beraksi di final sekali lagi. Kali ini berbeza dengan pasukan baru Johor DT dan pasukan ini tidak pernah memenangi Piala Malaysia jadi sudah pasti ia kejuaraan penting buat saya dan pemain.

“Semua pemain cukup bersemangat dan prestasi pasukan ketika ini semakin baik setiap perlawanan,” katanya.

Bagaimanapun Hazwan yang menyertai kelab Harimau Selatan itu musim ini, perlu bersaing hebat bagi merebut posisi penyerang bersama Mohammed Ghaddar dan Darren Lok.

Malah pemain kebangsaan itu langsung tiada dalam senarai pemain ketika Johor DT seri 0-0 dengan Kedah di Alor Setar dalam aksi terakhir Liga Super malam tadi dan mungkin ia percaturan Morais yang mahu Hazwan benar-benar cergas pada perlawanan akhir nanti.

“Perlawanan akhir berbeza, tak boleh ambil kira keputusan perlawanan pada pertemuan sebelum ini. Memang kami tahu Kedah ada kekuatan tersendiri, dengan corak hantaran pendek tapi kami boleh menyaingi mereka,” katanya yang membantu Johor DT muncul juara Liga Super musim ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2017 @ 7:23 PM

Rabu, 11 Oktober 2017

Hazwan Bakri diiktiraf pemain terbaik Malaysia 2016



Jumaat, 23 Disember 2016 | 11:56pm
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
 
PENYERANG Selangor Ahmad Hazwan Bakri dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai dan diiktiraf Penyerang Terbaik pada majlis penyampaian Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 malam ini.Musim ini beliau menyarung jersi Selangor untuk 25 perlawanan dan berjaya menjaringkan tujuh gol. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Tahun 2016 nyata menjadi detik gemilang buat bekas penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri selepas meraih dua anugerah berganda pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 yang berlangsung di sini, malam tadi.

Anak kelahiran Labuan yang kini menyarung jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bukan sahaja menggondol anugerah Penyerang Terbaik namun turut dinobatkan selaku Pemain Paling Bernilai pada malam penuh berprestij itu.

Pemain berusia 25 tahun itu muncul sebagai pemain The Red Giants paling menyerlah pada musim ini dengan meledak tujuh gol selain mencatat persembahan memberangsangkan ketika menggalas tugas selaku penyerang nombor satu skuad Harimau Malaysia.

Bagaimanapun, pasukan Harimau Selatan sekali lagi mendominasi anugerah selepas merangkul enam anugerah daripada 25 pencalonan menerusi Safiq Rahim selaku Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Import Terbaik dan Penjaring Terbanyak Import Liga Super yang dianugerahkan kepada pemain Argentina, Jorge Pereyra Diaz.

Malah, kejayaan mereka menamatkan saingan Liga Super tanpa kalah sekali gus melengkapkan hatrik Liga Super dan meraih kejayaan berganda dengan memenangi Piala FA membolehkan mereka dinobatkan selaku Pasukan Bola Sepak Terbaik.

Sementara itu, juara Piala Malaysia, Kedah turut boleh mendabik dada selepas jurulatihnya, Tan Cheng Hoe dipilih selaku Jurulatih Terbaik dan pemain terbaik final Piala Malaysia, Rizal Ghazali merangkul gelaran individu keduanya apabila muncul selaku Pertahanan Terbaik.

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kembali meletakkan dirinya selaku penjaga gol nombor satu negara dengan anugerah Penjaga Gol Terbaik sementara seorang lagi bintang baharu JDT, Safawi Rasid yang sebelum ini beraksi bersama T-Team dinobatkan selaku Pemain Muda Terbaik.

Bagi anugerah lain, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super menjadi milik pemain Perak, Fazrul Hazli Abd Kadir sementara pemain Kuantan FA, Abd Malik Mat Ariff menggungguli kategori Liga Perdana.

Seperti diduga, penggempur Melaka, Ilija Spasojevic menerima anugerah Penjaring Terbanyak Import Liga Perdana dengan pasukan terbabit turut merangkul anugerah Penyokong Terbaik.

Senarai Pemenang :-

Pemain Paling Bernilai: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

Penyerang Terbaik: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor);

Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (JDT)

Pertahanan Terbaik: Rizal Ghazali (Kedah)

Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pemain Import Terbaik: Jorge Pereyra Diaz (JDT)

Pemain Muda Terbaik: Safawi Rasid (T-Team)

Jurulatih Terbaik: Tan Cheng Hoe (Kedah)

Penjaring terbanyak tempatan Liga Super: Fazrul Hazli Abd Kadir (Perak)

Penjaring terbanyak import Liga Super: Jorge Pereyra Diaz (JDT)

Penjaring terbanyak tempatan Liga Perdana: Abd Malik Mat Ariff (Kuantan FA)

Penjaring terbanyak import Liga Perdana: Ilija Spasojevic (Melaka)

Anugerah Fair Play: Negeri Sembilan

Kelab Penyokong Terbaik: Melaka

Pasukan Bola Sepak Terbaik: JDT

Laman web terbaik: JDT

Laman sosial terbaik: JDT
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 23 Disember 2016 | 11:56pm

Jumaat, 6 Oktober 2017

Vingada hilang Hazwan, Shahrel



Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
 
Kuala Lumpur: Malang menimpa skuad Harimau Malaya menjelang pertemuan dengan Hong Kong bagi aksi kelayakan Piala Asia 2019 pada 10 Oktober ini apabila jurulatih Nelo Vingada kehilangan dua penyerang, Ahmad Hazwan Bakri dan Shahrel Fikri Md Fauzi yang mengalami kecederaan pangkal paha.

Hazwan tidak melaporkan diri bersama lima lagi pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) manakala Shahrel yang juga pemain PKNP FC, mendapat kecederaan itu ketika sesi latihan terakhir sebelum berlepas ke Hong Kong kelmarin.

Situasi itu menyebabkan Vingada hanya memiliki seorang penyerang iaitu Darren Lok (Johor DT) dalam senarai 21 pemain untuk beraksi di Stadium Hong Kong pada perlawanan ketiga Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019.

Bagi Darren, 26, pemain kelahiran England itu berkata, dia sedia menggalas tugas meskipun mendapat kritikan selepas Harimau Malaya seri 1-1 dalam pertemuan pertama dengan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka, 5 September lalu.

“Ini perlawanan penting, kami tidak mendapat keputusan yang diinginkan ketika menentang Hong Kong di laman sendiri. Memang pada perlawanan di Melaka, kami mempunyai peluang untuk menang. Sekarang kami sudah tahu permainan mereka jadi kami mahu mencari kemenangan disana.

“Kami tidak kalah dengan Hong Kong di tempat sendiri, saya fikir kami tidak ada tekanan untuk meneruskan misi ini untuk layak,” katanya kepada Arena Metro.

Darren sudah beraksi dalam lapan perlawanan dan menyumbat satu gol ketika Malaysia tewas 1-2 kepada Syria dalam aksi persahabatan antarabangsa 22 Ogos lalu.

Bagaimanapun dia mengaku perlu berusaha keras untuk menembusi benteng Hong Kong yang bakal dibarisi pemain naturalisasi.

“Mereka memang mempunyai kekuatan fizikal. Walaupun mereka menurunkan pemain naturalisasi, itu tak bermakna kita tidak boleh menewaskan mereka,” kata bekas pemain kelab England Eastbourne Borough FC itu.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2017 @ 3:58 AM

Profesor ada enam calon pengganti Hazwan, tolak gaya Sepanyol



Profesor ada enam calon pengganti Hazwan, tolak gaya Sepanyol
 Nelo VINGADA bersama penolong jurulatih Tan Cheng Hoe (kiri) berbincang
NELO VINGADA bersama penolong jurulatih Tan Cheng Hoe (kiri) berbincang ketika sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam. Malaysia akan bertemu Hong Kong dalam kelayakan Piala Asia 2019 di Hong Kong Selasa depan. Utusan/FAUZI BAHARUDIN

06 Oktober 2017 3:08 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

PETALING JAYA 5 Okt. – Nelo Vingada masih berharap skuad negara mampu menurunkan penyerang tunggal atau dua penyerang selepas kehilangan Ahmad Hazwan Bakri yang cedera apabila menghadapi Hong Kong dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2019 Selasa depan.

Vingada, yang digelar Profesor, berkata terdapat hingga enam pilihan pemain dalam kem latihan pusat yang boleh ditempatkannya di barisan depan antaranya Darren Lok, Safawi Rashid, Wan Zack Haikal Wan Noor, Shahrel Fikri Fauzi dan Syamer Kutty Abba.

“Ramai pemain tengah yang boleh menggantikan Hazwan walaupun saya kurang gemar meletakkan pemain di posisi yang bukan kebiasaannya. Kami masih ada pilihan untuk bermain dengan seorang penyerang sahaja atau secara lebih terbuka, dua penyerang.

“Yang pasti turun dengan formasi tanpa penyerang (4-6-0 ala tiki-taka pasukan Sepanyol) bukanlah pilihan saya,” kata jurulatih kelahiran Portugal itu ketika di temui sewaktu sesi latihan hari kedua pasukan di Wisma FAM di sini hari ini.

Penyerang Johor Darul Ta’zim, Hazwan cedera pangkal paha dan Vingada juga perlu menunggu perkembangan terbaharu pemain Pahang, Nor Azam Azih yang meminta pelepasan kerana kakaknya dimasukkan ke hospital.

Malaysia yang menghuni anak tangga corot Kumpulan B peringkat kelayakan selepas ditumpaskan Lebanon 2-1 di Johor Bahru (13 Jun) dan mengikat Hong Kong 1-1 (di Melaka, 5 September) akan bertandang ke Stadium Hong Kong dengan misi memburu kemenangan sulung.

Perlawanan dengan Korea Utara yang mulanya dijadualkan hari ini di Stadim Kim Il Sung, Pyongyang terpaksa ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan diputuskan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Jurulatih dari Portugal, Vingada berkata dia boleh menasihatkan pemain supaya sentiasa mengawal perasaan dan menghormati keputusan pengadil bagi mengelakkan insiden yang menyebabkan Aidil Zafuan Radzak dan Rizal Ghazali dibuang padang di Stadium Hang Jebat, Me­laka ketika bertemu Hong Kong.

“Namun tiada siapa yang boleh meramalkan apa akan berlaku. Tekanan begitu tinggi dalam perlawanan sebegini. Pemain juga manusia biasa dan ada pemain yang berperwatakan berbeza sekalipun kami boleh cuba mengingatkan mereka,” katanya.

Kapten skuad negara Safiq Rahim berkata, yang penting ialah persiapan pasukan negara sekarang dijalankan dengan memikirkan hanya yang positif sambil mengutip pengajaran di Melaka supaya tidak diulangi di Hong Kong pula.

“Siapa sahaja dipilih jurulatih, perlu balas kepercayaannya demi memburu mata maksimum. Sama ada lawan ada ramai pemain naturalisasi, biarlah kita juga gunakan pengalaman bersaing dengan pemain asing dalam Liga Malaysia sebagai bekalan menghadapi mereka,” katanya.

Darren pula berkata, pasukannya memiliki banyak peluang yang bagus untuk menghasilkan jaringan di Melaka lalu tetapi tidak mendapat keputusan perlawanan yang dikehendaki

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/profesor-ada-enam-calon-pengganti-hazwan-tolak-gaya-sepanyol-1.534606#ixzz4ujT56iJ5
© Utusan Melayu (M) Bhd